Tuesday, December 29, 2009

28/12/2009

ok guys...do u know what happen on this date?..The 'thing' happen on exactly 1 P.M. ok, tukar bahasa, mcm dalam buku teks budak budak kan ade dwi bahasa, erm...do u know who is this guy?



yeah, he is the man, the man that make me want to be a percussionist, he so FKING LEGEND!. Multi-'talented drummer of A7X ( Avenged Sevenfold),  Jimmy ' James ' Sulliven a.k.a The Rev. This a tribute for him. he was the best drummer for me. This is very weird because none of 'R.I.P' thing makes me feel like this kind of sad. ok, im out to watch A7x All Excess.


R.I.P The Rev 28/12/2009. 1 p.m





Saturday, December 26, 2009

Air batu dan Sisha.



kesedapan ini jelas terlihat di wajah2 menarik yg dilakukan oleh Gerakan Headbangers Dan Kebudayaan Cawangan Indera Mahkota,Pelindun,dan Alor Akar ( GerHeaKeCaIMPAAK), apabila mereka melakukan aktiviti malam bersama sama yang disertakan bersama permainan percuma di dalam kotak makanan Dingdang dan juga Tora datang lagi.Persembahan kebudayaan ini disertai oleh faiz,pozie,minol,afi,nik,dan umar. 
Mereka berkeliaran sekitar pukul 2.00 pagi, hing 4.00 pagi di sekitar kawasan keras yg berpenghunikan mereka2 yang sukakan kehidupan malam di Teluk Chempedak. Dengan Ini saye mengumumkan bahawa mereka adalah perngeliaran yang agak berjaya dan amat terkeliaran sekali.






Wednesday, December 23, 2009

kehebatan.

oleh kerana tajuk itu sudah menunjukkan betapa hebatnya beliau( handphone aku ), yang telah dikurniakan
sebijik penyepak sulung dari pakcik karim,dengan ini, beliau telah merajuk dengan melakukan sejenis perbuatan yg agak tidak senonoh, seperti ;


1. menghilangkan usb cable, menyebabkan aku terpakse menggunakan perkhidmatan 'gigibiru' yg telah siap sedia ada di situ.


    2. perlu membluetooth satu ambar, then kena restart, damn!, sangat annoying!..

    3. ter-Off sendiri, hebat kan?...

dengan ini, saye, mengumumkan, anak handphone sudah kelihatan, jadi berpuasa sekejap-sekejap dari berblogging atau anda akan membaca tanpa grafik yg cukup,dan erm...tu je kot,..baiklah, disini sahaja cerita yg agak menyerlah kehebatam ini.

Monday, December 14, 2009

Prankers!

               Kehadapan dihadapan dan depan.Setelah berhempas pulas membluetooth kan gambar dari phone ke lappyku akibat drpd bencana kehilangan USB cable yg menimpa diriku,dengan handphone buruk dan bermasalah yg sering keluar masuk bilik disiplin tatkala Cikgu Sohok yg tidak asing bagi pelajar2 SABS dahulu kala memanggil serta melambai2 menggunakan kuku yg cantek. gambar2 telah berjaya di bluetooth. dan blog akan berjaya di tulis.Pada hari jumaat yg lalu, burung2 berkicauan menunjukkan kecantikan hari itu, ombak di pantai Teluk Chempedak menghempas pantai tatkala aku, tika, meor dan afi sampai di situ." Hari ini ade function best!",kate aku di dalam hati, meor yg berada tidak jauh dariku menegur hatiku, "jgn sampai afi dengar!, tak jadi pulak kang!".


Berikut menunjukkan ke-selok-kan Tika, Meor, Afi Dan aku apabila sesampainya kami di situ

oleh kerana afi tidak senonoh, maka gambarnye diselit sebagai special....


                  Kami bertiga amat tidak sabar untuk membuat event pada kali ini dimana si afi (gambar 2) akan dikenakan dengan teruk, Lihat disini;

ini adalah gambar2 telur yg bakal berjoget2 di kepala afi...


Kerana kesuntukan masa,kami menunggu dengan ghairah nye peserta2 yg masih belum tiba, setelah penat bersuara,batang2 rokok dihabisi,memory phone semakin berkurangan, mana tidaknya, apabila afi memegang phone k850i milikku, dia bagai mendapat d90 aje, di cari gambar kanak2, awek2, makcik2, dan bapok2, untuk di shoot.wah wah wah!, jika dia mendapat d90, aku taktau la ape jadi. HAHAHA.
Setelah penat menunggu manusia, akhirnya!, 2 lagi tetamu kehormat, kalah Sultan Pahang pun tiba;




diatas, anda boleh lihat, Lina(berbaju hijau kulit buaya), Tika(sedang ejas rambut), meor(kaki kepit kalah tika) dan afi( menikmati kesedapan beg tika)


Dan seterusnya, Kami berarak ke Teluk tongkang yg berdekatan dengan T.C, dlm perjalanan, aku ternmpak seorng gadis yg amat menawan, apekan daya, beliau di atas sebuah batu besar, tidak taulah mcm mane die boleh ade atas tu, terbang, mungkin, hahaha,tgk2!




















Berikut adalah Gadis berbaju biru yg Misteri,dan pemandang Di Teluk Chempedak.


hebat.jika andalah gadis yang saya cari, sila hubungi saye ye..ahahaha,Walaubagaimanapun, sesampai sahaja kami di t.tongkang (name dia mmg pelik), Tika n Lino doing wat they does best!..hahhahaand all the girls does best of course, Lie-ing. Aksi beliau-beliau



konon konon nak snap picture same2 konon!...ahahaha


STEP 1:pembuka selera a.k.a Appetizer (betul ke spelling?).
penetasan telur di kepala,daripada 4, 2 telur je mengenai sasaran, aduuus!..mmbazir telur aku...ahhhh!


Step 2:Serbuk Putih Yg Lucah.
tepung tepung gandum di cincang halus dan digaul bersame telur teluran tadi bagi mendapatkan aroma yg berpanjangan,Lebih afdhal dibuat 2 kali shja.


Dengan Ini....Begini lah hasil nya, masakkan yg dibuat khas oleh chef Alim dan rakan2!



kepuasan jelas kelihatan dimuka afi yg menikmati sajian tersebut, rambut ala ala jackie chan amat padan dengan tubuhnya yg langsing.

"dun look at my thing!" kata afie kepada penonton sambil menunjukkan tangannya yg putih sebelah dan hellboy lagi sebelah :P:P

Pozie, Meor dan Alim lari menyelamatkan diri sambil menyanyi2 tande kegirangan yang teramat sangat, HAHAHAHAAH,walaupun beliau(afi) sudah lame menjangkau usia 19 tahun, tetapi beliau amat cerdik mengelak dari kami dengan tidak balik ke kuantan sehingga lah cuti sem, cerdik tapi bodoh juga afi ni...ahahahha,sambil terjerit2 seperti beruk nak makan penyepak di t.c, beliau berlari2 mengejar si pozie yg ternyata lebih laju darinya, dan sebagai tahanan, beliau, telah berjaya menculik selipar pozie yg cantik seperti megan fox yg sedang memakai bikini.Selepas sekian lama afi bertapa di dalam toilet T.C, beliau keluar dalam keadaan separuh bogel mirip john cena,





dengan studded belt,beliau mengenakan pose yg agak seksi dan seksa,




dengan kegembiraan  dan kebusukkan telur afi, Kami berangkat ke Tanjung Lumpur bukan Kuala Lumpur, utk bersama-sama menikmati jamuan yg belum tersedia.Begitulah cerita yg berakhir dengan Ending yg amat mengenyangkan!, Ditambah dengan bau telur afi, kami makan dengan amat berselera seperti Bradd Pit 1st time makan Ikan bakar. Sekian.




Im Out~

Thursday, December 10, 2009

Hari yang Baik..dengan akhir yang Palat!

erm...tajuk tu agak kontroversi kan? betul!, aku ingin mengatakan disini bahawa result aku macam palat!
korang mesti ingin tahu result aku atau mungkin sekali ingin mengetahui ape sebenarnye palat? Bagi Komander Intake 44 mmg tidak asing lagi perkataan palat ini kerana hari-hari pun terpalit di muka seseorang itu palat..banyak ketul!, hebat kan!

1stly result aku teruk nak mati! nasib baik tak mati, goddamn! pozie oh pozie, kau dah hanyut, baik kau sedar balik, serious shit kau dah hanyut teruk, kau pegy uitm nak belajar kan, kau bangge sangt dengan course kau tapi pointer kau teruk macam hanjheng buat ape bro? sedarlah sikit, kau bukan orang senang! begitulah aku bermotivasikan diri ini dengan sepenuh penuh motivasi bagai sebuat peti sejuk yang penuh dengan motivasi.

And aku dpt 1 lagi news, aku kena balik kampung hari sabtu, thats mean, tomorrow is the last day for me in kuantan, and aku tak tau la lepas tu aku balik kuantan or tak, so lina, tika, fikry, meor, n afi, bila nak keluar ramai ramai ni, aku dah naik darah dah ni, nak contact sorang ni kalah nak contact Sultan Pahang lagi! janganlah macam ni, kawan dah lama kan!

malas lah nak merapu, blog aku nie patutnya nak bagi orang happy tahap gaban sambil membuat air susu yg enak, lebih enak jika buat air horlick atau pun kopi kapal api dimana motonya adalah " betul betul KAW!".

erm...tu jelah kot, ketidakpuasan hati aku yg kecil lagi fragile(amboiii fragile!)...bye guys, aku taknak moody2 dah tulis blog lepas ni...tak syokkk!

Tuesday, December 8, 2009

Meet My Friend Vol. 1 : Azwan



Azwan namanya...sedap la sgt name tuh...tapi dia ni jenis bangang macam peti sejuk..ahahha...nickname : jake,wan,boroi,botak,hitam,komander jake boroy, ja-ke(sebutan bahasa melayu)..latar belakang dia aku tak tau (null), haha. Tapi bila dia nyanyi, boleh tahan jugak mamat ni, umpama itik pulang petang, ayam panjat pokok, unggas bertempik, burung men-cit cit " cit!..Cit!...citt..!..." lalu nampak ulat, apalagi, tanpa segan silu dan konfiden, burung tu pun makan la ulat ni, kesian si ulat, baru sahaja ingin menjadi rama-rama yg cantik jelita, seperti bidadari dari kayangan. Genre yg dia minat boleh tahan la, ska punk.



ini adalah penampakan jake dari belakang. Ada gaya model Sub zero?..haa, inilah dia si jake. Korang lihatlah kehebatan beliau merangkak sambil berlari!. sangat dasyat. Masih ada lagi pose2 ala sexy macam Naomi Campbell dari jake, tapi apakan daya. Jodoh tiada.


p/s: Section ini masih dalam tempoh percubaan. Jika sambutan menggalak kan,. Lebih banyak rakan2 saya yg  akan di review,dan saya akan investigate latar belakang si polan dan si polin( perempuan laa! ) dgn lebih dasyat!..jika anda ingin menunjukkan sambutan anda, sila lampirkan photo, profile, email, alamat surat menyurat beserta no. surat beranak di ruangan komen yg telah disediakan. diikuti dengan #.

Monday, December 7, 2009

Pengemis Kota

Burung-burung berkicauan,cengkerik bersahut-sahutan,unggas-unggas kota berterbangan tatkala dihembus ekzos kereta2 yg lalu lalang, lalang juga tidak kurang hebatnya melambai-lambai pengunjung yg mengunjungi Terminal One, aku yg duduk keseorangan terpinga-pinga memikirkan sesuatu taktkala kebosanan menunggu bas untuk pulang ke Kuantan, melihat jam di tangan, 4/12/2009 8.00 p.m, haisssh...lame lagi ni...bentak ku keseorangan, dalam diam diam ku menjeling kiri dan kanan, hebat juga B.M ku, tapi, tak dapat pulak A1. 

Sedang asyik mengelamun tentang awek2 yg lalu lalang disitu, sekali lagi lalang digunakan, datang seorang pakcik. Nampak seperti berbangsa India kerana mukanya agak gelap, dia pun menegurku, 

"Assalamualaikum", tegur Pakcik A
"Waalaikumsalam", jawab aku...sambil terkena tamparan hebat dan terkedu seketika, 1,2,3 ok dah tak terkedu,

pakcik ni borak2 ngn aku, isteri takde, anak takde, duit takde, nak makan tak boleh, kesiannn, cacat pulak tu, keeeessiiiiannnnn, 

"adik boleh bagi duit sikit? 3 ringgit ke, 5 ringgit ke, jadilah, pakcik tak makan dari pagi lagi, (sambil membuat muka lebih kesian dari 10sen)" kata Pakcik A,

"erm..saya takde duit sgt pakcik,seringgit boleh lah." aku pun menghulurkan bantuan,

dan kemudian pakcik A pun beredar dari tempat kejadian,.tidak lama kemudian, muncul pula seorang lagi rakyat veteran, yg ini hebat sikit, dia kata penah kerja jaga lah, petronas lah, kapal lah, aduhh,..bijak menipu juga kalian ni, dengan bermodal kan ASSALAMUALAIKUM, dia membuat perkara yg sama dengan pakcik A tadi, amboi2, ramai jugakk kat sini adeeehhhh =.=