Sunday, November 29, 2009

Cerita Seramik.

-Bende ini berlaku semasa aku dalam perjalanan ke Port Dickson-

aku yg dalam keadaan sihat ini tiba2 rase tak sedap badan angkara air Sting dgn ginseng Plus perisa Strawbery yang dibedil di kedai Pak Cik Mesra (petronas)

"aduuuhh! sakit perut" aku kegersangan.

sampai sahaja di Kuala Pilah, Ayahku berhenti tatkala ingin melepaskan hajatnya untuk ketandas. Akupun turut sama mengikut, semasa menunggu di depan pintu toilet,

" BUEKKK!!! BUEKKK!!" aku termuntah!.

tekak ku tetiba tidak tertahan. macam macam keluar. ahahahha. Perut yg tadi tidak sedap bertambah tidak seronot dan amat tidak menyenangkan. Ayahku pelik tatkala terdengar bunyi pelik itu, lantas dia keluar.
"Kamu kenapa pozi?"

dipendekkan cerita ini, sesampai sahaja di rumah makcik ku, tidak tertahan lagi, aku terlentang dalam keadaan tidak senonoh dan amat pelik, seperti siput kehilangan rumah. Temperature badanku naik mendadak seperti kereta tidak cukup air dan radiatornya bocor. BERASAP BAI!.

dengan kesimpulannya. Wad kumasukki dan sebotol air dimasukkan. Barulah badanku kembali normal!.terimakasih air botol?

Semak Samun Menyamun

                        Awal mula pertama mula cerita ini adalah semasa aku sedang syokk main dota, tiba2 handphone aku berbunyi, lagi skali, hati aku berdetik
"Pozi!, bile kau nak tukar phone nie!! naik bosan aku!". Ujar hati kecil

Seraya aku membalas, "kau diam boleh tak?!", dengan sepantas kilat (laju gile) aku menjawab panggilan itu. Rupanya encik Faiz Azizi a.k.a 'kaki katang' or 'jari ribut' menelefonku, dengan perasaan girang beliau bertanya ku dimana, aku pun membalas kegirangan itu dengan mengucapkan bahawa aku sedang ber-dota bersama malaun2 yg amat hebat berdota. Beliau ( encik kaki katang) mengajak aku berlepak dengan Ammar a.k.a 'hujan' or 'hansome' dan Nik a.k.a 'handsome jugak'. Faiz berkata lagi " mu lepak situ dulu, aku gi kat mu ni,aku jalang *(jalang disini bukan bermaksud faiz mengatakan bahawa dia jalang atau aku jalang, jalang disini bermaksud jalan) kaki ni. okehh?", dengan serta merta aku menjawab  "berehh!"


Selang beberapa minit, kelibat lembaga panjang muncul, dan beliau melabuhkan duburnya dikerusi disebelahku, abang Faiz sudah menjelma. Selepas tamat satu pusingan dota,( agak sejam jugak lah) Ammar dan Nik pula menjelma dengan haiwan peliharaan Ammar iaitu seekor Kancil pelik berwarna oren dan mempunyai empat tingkap serta lengkap dengan penyaman udara dan tidak ketinggalan, ARS AIRBAG pada dashboard.HEBAT BUKAN??. Masuk sahaja ke dalam haiwan itu, Ammar berbunyi, " jom tengok buzer ( seorang rakan, bukan menatang atau benda2 pelik), dia accident hari tu, teruk jugakk! ".  dengan serentak aku, Faiz, dan Nik menjawab "baik!" (macam dalam cerita 'boboy').


Sesamapai je kat gerai tepi jalan kat cenderawasih, kelibat Farhan a.k.a mamaks, dan buzer terpacul. Dengan buzer berbalut tangan ala ala hell boy, COOL GILE!. Topic yg dipilih pada malam 'kedai kopi' itu adalah 'Napi Negro Bergambar dengan Awek Yg Agak Hot'. Mane tak jeles wei!, Akon Malaya snap pic rapat 'baek punya' dgn awek HoT!, WALAO EHH!!!. menyumpah seranah kami semua. Sambil gelak gelak dan kutuk mengutuk.

Setelah hampir pukul 1:30pagi, kami bergegas ke taman Polo, tempat dimana laporan menyatakan seekor makhluk yg agak macam 'hellboy' jugak selalu ditemui, dan mat salleh celup. Sesampai sahaja disitu, tidak dinafikan! Hellboy yang dicari2 itu kelihatan, membuka gate, dan dikidnapp oleh kami ber-4 dengan kejam!.

                                                 ini adalah kelibat hellboy yg berjaya dirakam




ya benar, dia mmg tidak senonoh!, muahahahahahhah!.

Selepas berjaya menculik beliau, kami pun bergegas memulakan perjalanan malam, 'T.C', HELLYEAHHH!!.
ahahhaha,tiada tempat lain lagi. Memang tempat yang tidak lari kerana tempat ini tiada kaki untuk berlari lari seperti dalam cerita dongeng dimana tempat boleh terbang2.


Ini lah sebahagian 'Moment' (wahh! moment tu siot!)

aksi Faiz dan Afi dikala angin bayu menghembus rambut dalam keadaan sepoi sepoi languange



gaya Nik yang dalam kesejukan dan Amar yg membuat rawatan muka



Di T.C:

lepak minum sat rakan2!

"sut set sut set" (bunyi makan dan minum)

"brape dik?" ujar pozi

"erm 13 ringgit bang" jawab adek gemok

"ehh?..wtf?..biar betol?..teh tarik berapa segelas" pozi tersentak

"2 ringgit bang" adek gemok jawab lagi,

korang pikir la sendiri. logik ke tak.tak larat ah aku nak bertumbok ngn budak tuh.geram pulak aku rase!.GRRR!



Then we'all lepak2 kejap. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi2 mengantuk dari para peserta pertandingan.(tiba tiba)



apakah yang dimaksudkan dengan AWAS ini?

jadi kami pun bergegas pulang dengan rasa terkilan dengan teh tarik 2 ringgit tadi.

Thursday, November 26, 2009

Cerita Seram.

 Sebenarnye, aku dah takde idea nak tulis ape..ahahah..dah 4 kali aku tulis and then aku padam.

Saturday, November 14, 2009

10 days of night?

10 hari yg malam?. Ya! mmg panjang pun 10 hari tu...macam makan karipap tak abes kan? nak2 karipap yg panas-panas tatkala karipap menjelajah tekak dengan isi-isi ayam dan kentang, fuhhh, actually. AKU LAPAR!. ahahahah..

10 hari ni aku akan away buat masa 10 hari.sebab ade event best kat dalam uitm.agak seronok disitu ye adik-adik.mcm mengemop lantai dewan yg amat besar.yeah! super exhausted isn't it?. mcm cerita barney n friends -,- hahaha. so nnti la aku update.

15/11/2009-new freshman!

aku dengan jayanya sudah mempunyai blog.Dengan ini blog ini dengan jayanya telah dicipta oleh aku

cerita hari ini:

mulanya event hari ini ( semalam ) iaitu 14/11/2009 pada pukul 1.49 p.m-Kerana aku bgn lambat lahh, aduuuhh, pening serta penat membasahi kalbu dengan gembira, manakala aku pon meng-aduh,
"Laparrrr....."

so...aku mulelah menekan-nekan keypad phone...sambil hatiku berbisik

"pozie..tukar phone la, buruk aku tengok"

dan aku membalas kepada hati itu

"diam lah! aku takde duit!"

mencari acip kerane aku igt nak makan mewah sikit harinie, hahaha, dan aku call acip. Dgn selamba acip membuat la
poran bahawa die juga memang nak keluar jap lagi, aku pon menunggu sambil bermukabuku..

15 minit kemudian, phone berbunyi

" ring ring...ring ring...(diikuti dengan alunan lunak bunyi vibrate..)",
tertimbul di kaca skirn phone 'M1-RoyAlexius'. Apehal pulak mamat nie call aku,

"hello?, dimana bha kau? acip ada bha?"(beliau dari sabahan bhaa) beliau memang tanpa rasa bersalah bertanyakan bertubi-tubi soalan yang agak menusuk jiwa.

"Ye, aku kat jati lagi nie, acip?, ntah?, kenapa?, kau kat mane??"aku menjawab dengan perasaan terharu.

"sya mau minta tolong dia bha, tidak apalah, bye" roy mengkata,

selepas hampir sejam aku menunggu makhluk yg digelar acip itu, still takde call, aku pun sudah naik bangang. ehh?, bengang!. haaaa~!. aku call la die dan die cakap japlagi die sampai, aku pon bergegas meng-off-kan lay-on-top(laptop?) aku. bergegas aku berlari dalam keadaan berjalan. hati aku bersuke suke dan perut aku masih 'slipknot buat concert'. DAMN!.

aku sampai sahaja.wahhh!. tenggiling milik acip hampir penuh dengan perkakasan roy dan housemate die yg sama geli nak balik
. OK. aku pon menyapa mereka serta bersalaman dengan tetamu tetamu acip.

PENDEKKAN CERITA-

sadis yg teramat sangat setelah menghantar housemate acip dan roy,

"acip, makan jom!",sambil menunjuk perut yg berkecamuk.

Kfc(carrefour Subang) menjadi pilihan perutku.tetapi tidak hati yg berkate "TADI CAKAP TAKDE DUIT BINGKAI!", makan je lahh!. Banyak pulak cakap!.

and then, sudah kenyang lahh! ahahaha. We'all walk walk dalam carrefour tuh, acip telah menunjukkan kepandaian beliau dengan memberi sedikit udara selepas hujan!.pandai acip!. Marlboro ku meminta minta untuk dibakar dengan jayanya.yahhh!! terbakarrr!! hiiiaahhhh. DAN-

tiba2 tepuk dada,dada cakap ice blend.adeeehh.lagi!?WTF!?. chocolate cream chip w/o cream!. dengan bangga berkate kepada perembuat ( perempuan + pembuat) kopi tersebut. dan online!...yeahhh!

and then, sampai situ je, acip dah penat. walaupun beliau tidak buat ape2. hanye makan snack plate. -,-

oklah,.buhbye!


yeahh!...baru!

just creating blog....mcm tibe2 je nak jugakk...same geli!