Monday, February 8, 2010

Cerita hebat oleh Pak Din ( bkn nama sebenar)

sila baca dalam kegelapan malam sambil berteman kan telefon bimbit anda.


Cerita Tentang ?
Saya telah bergurau senda dan bermain 'panjat-panjat' bersama beruk beliau walaupun baunya seperti manusia purbakala pada zaman Ice Age. Setelah hampir setengah jam meluangkan masa, akhirnya beruk itu tak puas juga. Jadi, saya terpaksa menemani dan men'comfort'kan beliau selama lebih kurang 20 minit lagi. Walaupun kelihatan sedih dan pilu, saya terpaksa meninggalkannya demi menjimatkan masa saya untuk mandi dan tidur. Disamping itu, beruk saya itu tadi telah diberi makan, yakni roti gardenia digandingkan dengan sedikit marjerin daisy untuk menyedapkan hati beliau. Dan ternyata beliau seronok dan serta-merta telah bertukar daripada beruk yang monyok kepada seekor beruk yang 'hyperactive'. Kami banyak melakukan aksi-aksi yang pelik antaranya seperti 'grooming each other', walaupun saya dalam keadaan bersih, suci, murni dan wangi serta kacak dan 'best' malah baik hati juga. Aktiviti seperti memancing dan bermain golf tidak dapat kami laksanakan pada hari ini kerana waktu yang singkat dan masalah saya yang terlalu mengejar masa. Akhir kata dari saya, dimana ada pari-pari atau peri dalam bahasa Indonesia, disitu ada siamang serta konco-konconya disatukan pula dengan lipas yang baru sahaja selesai mencuri dedak puyuh yang diternak oleh Pakcik Olkaden Putsitomwe dimana namanya disebut-sebut sehingga ke hari ini dan juga pernah digelar Penternak Ikan di Facebook. Pakcik tersebut juga telah memenangi banyak anugerah, salah satunya adalah dari Grammy Awards 2010 dalam kategori lompat tinggi X400 bergilir-gilir wanita. Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa lipas sebenarnya berasal dari pokok cili yang tumbuh di timur Africa Utara. (WIKIPEDIA) Dengan ini, saya dengan bangganya mengisytiharkan darurat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Eurasia dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Pepatah melayu ada berkata,
Kalau tuan datang ke Kuantan, Jangan lupa singgah ke TC; Jika panjang umur kawan; Kita ke TC sekali lagi.

No comments: